January 18, 2017

Sejati (Official Music Video) - Faizal Tahir

Biar mati ku mencuba demi bahagia
Biar sakit dilukai dapat ku rasa
Biar nadi ku terhenti demi ke syurga
Biar selamanya mencari cinta sejati


Assalamualaikum dan salam sejahtera (^.^)

Dah tengok official music video SEJATI? Seriously, first time aku tengok memang air mata mengalir tiba-tiba. Deep betul jalan cerita dia. Memang kena dengan lirik lagu. Jalan cerita senang nak faham dan yang penting mesej dia sampai. 

Apa yang aku dapat daripada music video ni :
  • Jangan kita menghina dan memandang rendah kepada mereka yang lebih susah dari kita. Susah mana pun orang tu mungkin dia lagi berhati mulia dari kita yang punya harta.
  • Dalam rezeki yang kita peroleh, bukan semuanya milik kita. Dengan bersedekah tidak menjadikan kita papa kedana.
  • Susah dan senang mana pun kita, sentiasa ingat Allah itu sentiasa ada. Dan sentiasa bersyukur apa adanya.
Moga kita semua berlumba-lumba membuat kebaikan untuk bekalan disana kelak. Moga kita sentiasa terus mencari cinta sejati kita iaitu cinta pada Allah yang satu.

2 comments:

  1. Faizal Tahir suka buat lagu sedih-sedih. By the wayyyyyyyyyy... Hai budak ! Long time no see, ingat dah bersara dari dunia blogging.. hihi

    ReplyDelete